Tuesday, January 29, 2013

Aku Redha, Pasrah & Berserah


 Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”

 
Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.

Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatah lagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.

Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.

Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.


Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?

Melatih diri untuk mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.

Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.

Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.

Doa solat istikharah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

 
Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”

(HR. al-Bukhari)


Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:

1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT: Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)
 


Monday, January 28, 2013

Mari Belajar Kesihatan

Ok kawan-kawan
Hari ini akan mengajar subjek Psikologi Kesihatan utk pelajar Ijazah..
Antara subtopik yang menarik adalah berkaitan dgn Piramid makanan
Saya suka utk berkongsi sdikit info berkaitan dgn piramid makanan\

enjoy!!!!


Makan untuk kesihatan berpandukan Piramid Makanan

Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

ok.... dah taw kan ttg pemakanan sihat?
So... mari kita amalkan sama2
agar dapat memiliki tubuh bdan dan minda yang sihat!



Friday, January 25, 2013

Kembali Sihat

Alhamdulillah
Diri ini sudah kembali sihat setelah dibawa berjumpa doktor oleh ayah & ibu angkat
Terima kasih ayah... terima kasih ibu
Terima kasih kerana bersusah payah pda waktu malam utk membawa saya ke klinik
Terima kasih kepada ayah kerana sanggup drive kete malam2 utk bawa saya
Terima kasih ibu kerana membayar bil ubat 
tapiiiii........


Saya malu sebenarnya
Saya tidak minta ibu bayarkan duit ubat tu.. uhuk..
Saya tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain..
Nnt saya bayar semula duit ibu ye... ye ibu?
heeeee
Apa2 pon bersyukur sgt2 sbb dikurniakan ayah & ibu angkat yg sgt baik... caring... & mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk saya
Tidak lupa kpd adik beradik yg lain juga
Terima kasih sgt2..


Ok kawan2...
Doktor kata saya mengalami gastrik... Padan muka saya
Suka lagi makan makanan yg pedas...
TAPI
Yg pedas tu la sedap.... Xpedas xrsa nikmat makan taw...
hehehe


Nasihat doktor

1.... Banyakkn minum susu ( Yerrrkkkkk, xsedap!Saya xminum susu doktor)
2.... Banyakkn makan sayur.. Baik Dr.. saya mmg suka sayur.. Tapi dh nak sakit nak wat cmne kan.. (^__^)
3.... Jangan skip sarapan... InsyaALLAH.. akan ikot w/pon xsempat
4.... Makan ikot waktu... Saya nak diet.. SO, How? huhuhu

Di sini ada sedikit info berkaitan gastrik
Selamat mebaca

GASTRIK

Hiasan semata-mata
                                   

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Simptom gastrik 

* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 

* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa. 


Wassalam!

Tuesday, January 22, 2013

Sakit? Oh, Dugaan!

Tuhan sedang menguji saya... Ujian kesakitan dtg melanda diri
Sakitnya... Tuhan sahaja yang tahu
Hampir 4 hari menderita.. Menahan kesakitan
Takut sebenarnya untuk berjumpa pakar..
Takut akan keputusan yg bakal diketahui


Sudah bertanya kpd kawan yg arif dalam bidang perubatan
katanya mungkin sy dijangkiti kencing kotor..
Kebenarannya wallahualam
Sebabnya.. Saya masih belum memeriksa kesahihannya
Nak tahu apa itu kencing kotor?
Mari baca ini

Pengenalan



Hiasan semata


Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
Kekurangan air dalam badan
Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
Pesakit kencing manis (diabetes)
Mengandung
Pengambilan sesetengah ubatan
Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
Batu karang dalam saluran kencing
Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.



Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.

Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.


Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.

Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
Air kencing nampak kotor,
Kadang-kadang air kencing berdarah,
Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.


Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.


Bagaimana diagnosis boleh dibuat?

Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).









Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan URAL / U-Lite
Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.




Kalau sakit ini tandanya Allah sygkan saya... Saya Redha
Kalau sakit ini tanda Allah sedang menguji saya... Saya Rela
&
Kalau sakit ini tanda Allah mengingatkan saya ttg dosa-dosa lepas... Alhamdulillah... 
Allah mahu saya berubah



Thursday, January 17, 2013

Anugerah Yang Dipinjamkan

Alhamdulillah..
Diri ini masih diberi peluang utk bernafas di bumi Allah...
Masih diberi kesempatan utk meminjam nikmat udara
Masih mempunyai kesempatan utk memperbaiki kelemahan & kesalahan diri
Agar dapat menjadi hamba-Nya yg sentiasa bersyukur
(^__^)


Setiap dari kita diberi peluang utk menikmati anugerah yg diberikan oleh-NYA
Tidak kira dalam apa jua bentuk, Asalkan kita merasakan nikmat & keseronokan apabila menerimanya
Itu dinamakan anugerah yg cukup indah
Anugerah yg dipinjamkan sementara agar kita dapat merasakan bahawa Allah menyayangi kita
Allah sentiasa bersama kita


Sebelum saya meneruskan perkongsian cerita bersama rakan-rakan pembaca
Mahu saya lafazkan ungkapan ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Anugerah yg dipinjamkan buat saya dibumi Melaka ini sgt2 bermakna
Saya sgt2 bersyukur di atas pemberian / pinjaman yg bersifat sementara ini..
Kenapa sy kata bersifat sementara??
Sebb bila saya sudah menutup  mata kelak, anugerah ini akan saya tinggalkan menjadi kenangan..
Apabila saya menutup mata kelak, anugerah ini sy tidak akan bawa bersama2...
Melainkan doa2 dari mereka yg sgt sya sayang


Tidak pernah terlintas utk mempunyai keluarga angkat disini
Perkenalan singkat yg sgt2 bermakna... sehingga membawa kepada hubungan yg akrab dalam keluarga di antara satu sama lain
Secara jujurnya, sya sgt menyayangi seluruh ahli dalam keluarga tersebut..
Tertanya2 siapakah keluarga angkat sya??
Maaf ye kawan2..
Saya terpaksa merahsiakan gerangan mereka.. Saya tidak mahu ada pihak yang tidak menyukainya..
Saya tidak mahu ada pihak yg berkecil hati... memendam perasaan..
eceh!
mcam artis plak yer.. heeee..


Ok... suka utk saya bercerita ttg seluruh ahli dalam keluarga angkat ini
Saya mulakan dengan ketua keluarga (ayah)
Walaupun pada awalnya utk kekok saya memanggil "ayah"
sebb kat kg gelaran itu dipanggil "abah"
hehehe... tapi semua itu sudah berubah.. Alhamdulillah.. lidah ini sudah tidak kekok utk menyebut gelaran itu...
Ayah seorang yg sgt cool.... rileks.... baik... yg penting hensem!
hehehe....
Walaupun ayah xberapa banyak cakap, tp saya tahu ayah merestui kehadiran sy di dalam keluarganya
Saya tahu ayah menyayangi saya (perasan)
Terima kasih ayah.. kerana menerima saya dalam keluarga
Terima kasih juga kerana mencurahkan kasih syg w/pon pada mata kasarnya tidak nampak
Tapi... saya merasainya..
Terima kasih ayah... Terima kasih


Ibu... Buah hati pengarang jantung si ayah..
kemana-mana sahaja mahu bersama.. berpakaian sama warna..
Sangat2 romantik..... (^__^)
Ok... ibu seorang yg saaaaagttttttt baik.. penyayang.. pandai masak.. Tegas
Seorang ibu yg sgt2 sygkan anak2nya....
Saya sygkan ibu..Bila bersama ibu saya dpt rsakan ketenangan..
Bila melihat wajhnya sya rsa tenang.. Hilang sebentar kekusutan yang melanda
Cuma terkadang rasa kekok utk berbual.. Maybe saya perlukan masa lagi...
Terima kasih ibu... Ibu terlalu baik... Ibu sgt2 baik..
Terima kasih melayan saya sama spt anak2 ibu yg lain


Adik beradik yang sgt baik... penyayang.. kelakar.. manja.. memahami
Mereka menceriakn hari2 saya di bumi Melaka..
Melihat telatah & gelagat mereka, rindu kpda adik beradik kandung terlepas jua
Walaupun tidak sama, tetapi sya sudah menganggap mereka spt adik beradik kandung..
Mereka sangat baik
Terima kasih Allah.. Kerana meminjamkan mereka utk saya


Terima kasih kerana memberi saya peluang utk berkongsi kasih sayang mereka...
Buat keluarga angkat tersayang...
Terima kasih kerana menerima diri ini di dalam keluarga
Terima kasih kerana melayan sy dengan layanan yg cukup baik...
Terasa bertuah kerana hadir di dalam keluarga yg penuh dgn kasih syg


InsyaALLAH selagi nyawa dikandung badan, diri ini akan tetap menjaga ukhuwah yg telah terbina
Dengan Izin-NYA... Ikatan ini akan kekal sampai bila-bila..


Wallahualam






Monday, January 14, 2013

Berikanku Kesabaran

Orang Selalu kata
Bersabar selagi mampu.. Allah sentiasa ada bersama org2 yg sabar
Yup... saya tidak sangkalkan kenyataan tersebut
Saya juga tahu bahawa besar hikmahnya bagi org2 yg bersabar
Bersabar dari semua aspek...

Tapi..
Bagaimana jika kesabaran kita ini akan menjadikan org sekeliling (khususnya pda mereka yg xtaw menghargai org lain) mempermainkan kita?
Kesabaran kita dijadikan barang permainan mereka
Kesabaran kita juga dijadikan mereka berbangga dengan apa yg mereka ada
Anda mampu bersabar??
Mampu?
Semestinya tidak kan?
Sebab tu jugaklah ada org berkata bersabar ada batasnya
Kesabaran juga ada tempatnya
Sampai tahap yg dh xmampu sabar, kita akan melawan balik
Kenapa?
Sebb itu adalah sifat manusia biasa....
Yang dilahirkan dgn SABAR & KETIDAKSABARAN

Mengapa sy bercerita ttg isu ini?
Kerana saya sudah penat melihat manusia yg xpernah senang dgn apa yg org lain miliki...
Saya juga sudah penat berhadapan dgn individu yg menggunakan kuasa yg mereka ada utk menindas org lain..
Kuasa digunakan utk kepentingan diri sendiri
Saya sudah penat melayan kerenah mereka2 yang merasakan dunia ini mereka angkat tongkat sampai bila2..
Sedangkan mereka tidak sedar DUNIA HANYALAH PINJAMAN
Mereka tidak sedar bahawa "Dunia adalah penjara bagi org mukmin & syurga bagi org2 kafir"
SUBHANALLAH

Kuasa dibangga2kan....Harta dipamer2kan
Masing2 berlumba2 mempamerkan kemewahan
Seolah2 liang lahat itu nnt dibina utk mereka membawa semua harta bersama
Sehinggakan mereka lupa bahawa semua itu adalah pinjaman
Mereka lupa bahawa harta itu tanda dugaan ALLAH bagi meningkatkan IMAN masing2...
Bukan utk dibangga2kan...
Sampai masanya semua itu akan ditinggalkan.. Yang tinggal Hanyalah IMAN & AMAL

Saya mengharapkan agar mereka sedar akan kesilapan yg dilakukan sebelum terlambat
Kerna apa?
Dunia sudah sampai kepenghujung.... Bimbang jika tidak sempat utk berubah & memohon maaf kepada yg berkenaan
Saya bercerita bukan kerana saya baik... Bukan kerana saya manusia sempurna...
Tidak sama sekali, kerna saya sedar saya juga tdk lari dari kesilapan...
Sekurang2nya.. apa yg saya bicarakan boleh menimbulkan keinsafan dalam diri..
Memberi manfaat & pedoman kpd yang lain
Bukan pda saya, tetapi juga kepada setiap mata & hati yang membaca..
InsyaALLAH

Sama2 kita berdoa agar insan2 spt itu cepat  insaf
Insaf & berubah menjadi yang lebih baik


Wallahualam

(^__^)







Wednesday, January 9, 2013

: Mereka kata saya garang :

Mereka kata sy garang
yeke?
xda lah 
Saya masih spt dulu..

Student2ku syg..
Saya bukan garang
Saya cuma bertegas 
Bertegas bila mendidik utk anda semua fokus dalam pelajaran
Saya tidak mahu anda semua lalai
Bukan sengaja mahu begitu, semua yang berlaku ada sebabnya
Hanya sya yg mengetahui

Apa yg saya mahu tegaskan
Saya bukan garang
Tetapi saya mahu bertegas
Bertegas agar anak didik mampu menghormati saya


salam!


quotes thumb alt