Monday, November 11, 2013

ANDAI INI TAKDIRNYA

Ya Allah
Andai benar dia telah kau ciptakan untukku
Satukanlah kami walau badai dtg melanda
Andai benar dia Imamku
Temukanlah kami dalam setiap sujud padaMU
Andai benar dia mmg tercipta untukku
Permudahkanlah...Moga kami dpt bersatu 



Peritnya luka kecewa... Allah sahaja yang tahu
Pedih... teramat pedih
Walaupun lukanya tidak nampak berdarah
Cukup sekadar air mata yg mengalir
Benar2 menunjukkan aku kecewa
Ya Allah
Andai ini kesudahannya.. Aku redha
Namun, buangkan rasa benci dalam dirinya terhadapku
Aku tidak mahu menjadi sejarah hitam dalam hidupnya
Bantu aku ya Allah
 Aku lemah Ya Allah
Aku tidak berdaya
Pimpinlah aku... Bimbinglah aku
Tiupkanlah semangat dalam diriku.. Agar aku dpt lalui semua ini dengan tenang
Moga semangat itu mampu membuatkan aku tabah menghadapi dugaanMu


Andai dugaan ini sebagai balasan untuk dosa-dosaku yang lepas..
Aku terima..
Aku manusia tidak sempurna
Yang sentiasa melakukan kesilapan.. Secara sedar mahupun tidak
Tapi Ya Allah
Aku benar-benar menyayanginya
Kerna aku tahu, dialah lelaki yang boleh membimbingku kejalanMu dunia & akhirat
Dialah lelaki yang mampu menjadikan aku sempurna bila disampingnya
 Seorang lelaki yang mampu menegurku andai silap & salah
Lelaki.. yang mampu membuatkan aku bahagia disampingnya
Aku sayang padanya Ya Allah

Bantulah aku





No comments:

Post a Comment