Friday, January 25, 2013

Kembali Sihat

Alhamdulillah
Diri ini sudah kembali sihat setelah dibawa berjumpa doktor oleh ayah & ibu angkat
Terima kasih ayah... terima kasih ibu
Terima kasih kerana bersusah payah pda waktu malam utk membawa saya ke klinik
Terima kasih kepada ayah kerana sanggup drive kete malam2 utk bawa saya
Terima kasih ibu kerana membayar bil ubat 
tapiiiii........


Saya malu sebenarnya
Saya tidak minta ibu bayarkan duit ubat tu.. uhuk..
Saya tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain..
Nnt saya bayar semula duit ibu ye... ye ibu?
heeeee
Apa2 pon bersyukur sgt2 sbb dikurniakan ayah & ibu angkat yg sgt baik... caring... & mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk saya
Tidak lupa kpd adik beradik yg lain juga
Terima kasih sgt2..


Ok kawan2...
Doktor kata saya mengalami gastrik... Padan muka saya
Suka lagi makan makanan yg pedas...
TAPI
Yg pedas tu la sedap.... Xpedas xrsa nikmat makan taw...
hehehe


Nasihat doktor

1.... Banyakkn minum susu ( Yerrrkkkkk, xsedap!Saya xminum susu doktor)
2.... Banyakkn makan sayur.. Baik Dr.. saya mmg suka sayur.. Tapi dh nak sakit nak wat cmne kan.. (^__^)
3.... Jangan skip sarapan... InsyaALLAH.. akan ikot w/pon xsempat
4.... Makan ikot waktu... Saya nak diet.. SO, How? huhuhu

Di sini ada sedikit info berkaitan gastrik
Selamat mebaca

GASTRIK

Hiasan semata-mata
                                   

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Simptom gastrik 

* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 

* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa. 


Wassalam!

No comments:

Post a Comment