Monday, January 14, 2013

Berikanku Kesabaran

Orang Selalu kata
Bersabar selagi mampu.. Allah sentiasa ada bersama org2 yg sabar
Yup... saya tidak sangkalkan kenyataan tersebut
Saya juga tahu bahawa besar hikmahnya bagi org2 yg bersabar
Bersabar dari semua aspek...

Tapi..
Bagaimana jika kesabaran kita ini akan menjadikan org sekeliling (khususnya pda mereka yg xtaw menghargai org lain) mempermainkan kita?
Kesabaran kita dijadikan barang permainan mereka
Kesabaran kita juga dijadikan mereka berbangga dengan apa yg mereka ada
Anda mampu bersabar??
Mampu?
Semestinya tidak kan?
Sebab tu jugaklah ada org berkata bersabar ada batasnya
Kesabaran juga ada tempatnya
Sampai tahap yg dh xmampu sabar, kita akan melawan balik
Kenapa?
Sebb itu adalah sifat manusia biasa....
Yang dilahirkan dgn SABAR & KETIDAKSABARAN

Mengapa sy bercerita ttg isu ini?
Kerana saya sudah penat melihat manusia yg xpernah senang dgn apa yg org lain miliki...
Saya juga sudah penat berhadapan dgn individu yg menggunakan kuasa yg mereka ada utk menindas org lain..
Kuasa digunakan utk kepentingan diri sendiri
Saya sudah penat melayan kerenah mereka2 yang merasakan dunia ini mereka angkat tongkat sampai bila2..
Sedangkan mereka tidak sedar DUNIA HANYALAH PINJAMAN
Mereka tidak sedar bahawa "Dunia adalah penjara bagi org mukmin & syurga bagi org2 kafir"
SUBHANALLAH

Kuasa dibangga2kan....Harta dipamer2kan
Masing2 berlumba2 mempamerkan kemewahan
Seolah2 liang lahat itu nnt dibina utk mereka membawa semua harta bersama
Sehinggakan mereka lupa bahawa semua itu adalah pinjaman
Mereka lupa bahawa harta itu tanda dugaan ALLAH bagi meningkatkan IMAN masing2...
Bukan utk dibangga2kan...
Sampai masanya semua itu akan ditinggalkan.. Yang tinggal Hanyalah IMAN & AMAL

Saya mengharapkan agar mereka sedar akan kesilapan yg dilakukan sebelum terlambat
Kerna apa?
Dunia sudah sampai kepenghujung.... Bimbang jika tidak sempat utk berubah & memohon maaf kepada yg berkenaan
Saya bercerita bukan kerana saya baik... Bukan kerana saya manusia sempurna...
Tidak sama sekali, kerna saya sedar saya juga tdk lari dari kesilapan...
Sekurang2nya.. apa yg saya bicarakan boleh menimbulkan keinsafan dalam diri..
Memberi manfaat & pedoman kpd yang lain
Bukan pda saya, tetapi juga kepada setiap mata & hati yang membaca..
InsyaALLAH

Sama2 kita berdoa agar insan2 spt itu cepat  insaf
Insaf & berubah menjadi yang lebih baik


Wallahualam

(^__^)







No comments:

Post a Comment