Friday, September 21, 2012

Manisnya Kejayaan



Salam kawan2...
Entry kali ini bukan mahu membangga diri..mendabik dada..jauh sekali utk bermegah2..
Cuma mahu berkongsi kegembiraan.. mana tahu kegembiraan saya ini mampu menjadi inspirasi pada si pembaca...


Setiap dari kita inginkan kejayaan bukan?
Tiada seorang pon yg mahukan kegagalan..itu pasti!
Sebb... manusia tidaklah dicipta olehNYA utk GAGAL
Ingat yer kawan2...
Kejayaan / kegagalan berada di tangan sendiri
sendiri yg mencorakkan arah masa depan
samada mahu ke arah negatif... ataupun positif...
pilihan ditangan kita..
hanya tepuk dada..tanyakan selera


Kejayaan xkan datang tanpa usaha yg gigih
Jika kita mahukan kejayaan dlm hidup
 Pelbagai pengorbanan perlu dilakukan
Banyak masa perlu dihabiskan
Banyak wang ringgit perlu dikorbankan


Saya beryukur ya ALLAH..
diberikan kejayaan spt sekarang..
kejayaan yg diri ini juga tidak menduga sebenarnya 
kerna apa?
kerna dulu...sewaktu di sekolah
saya bukanlah pelajar yg pintar..jauh sekali cemerlang
Bukan pelajar pilihan guru-guru...
(^___^)


KONVO DEGREE



KONVO MASTER


Namun sekarang, saya mampu tersenyum..
tersenyum dengan kejayaan sendiri...kejayaan yg diperoleh dengan usaha yg gigih..
dorongan insan tersyg disekeliling...
juga tidak lupa bantuan dari pensyarah-pensyarah...
Kini...
Saya berjaya memajukan diri sendiri..
mampu berdiri sama tinggi dengan rakan2 yg dahulunya pelajar cemerlang disekolah..
ALHAMDULILLAH...

Kawan2

betapa manisnya kejayaan sesudah bersusah payah
apabila kita sudah betul2 menggunakan seluruh tenaga dan pemikiran untuk memikirkan cara mendaki kepuncak kejayaan
mendaki puncak kejayaan umpama berlari jauh
apabila sudah hampir digarisan penamat... semua tenaga kita telah digunakan
disaat itu... kita mahu berhenti sahaja
Namun...sudah hampir digarisan penamat.. semua tenaga kita telah digunakan
di saat itu, kita mahu berhenti sahaja

Namun...kita teruskan juga untuk merasai nikmatnya menghabiskan sebuah pelarian panjang..

itulah yang telah saya rasakan
sesudah selautan air mata, darah & semua pengorbanan telah dilakukan.. dan akhirnya saya berjaya 
terasa amat manis kejayaan yg dikecapi
tetapi kawan2..
untuk mencapai tahap kejayaan yang diingini...memang sukar..
sebb itulah org sekeliling hormat pada individu yang berjaya menjadi hebat di kalangan mereka... dan situasi ini juga saya sudah rasakan.. ALHAMDULILLAH....


TIADA APA YANG LEBIH MANIS DALAM DUNIA SELAIN DARI KEJAYAAN PERIBADI DAN DAPAT MENGGEMBIRAKAN INSAN TERSAYANG



sekian!


(^__^)


Thursday, September 20, 2012

Bila Nikmat Sihat Ditarik Seketika...

uhuk.... uhuk....
Bicara dimulakan dgn batuk...
heeee....
nampak kan sya xsihat..kesian kan..
hurm.. nak wat cmne.... 
Bila dugaan datang, sya tidak dpt lari..
kena hadapinya...
even kdg2 terasa penat... TAPI
ALHAMDULILLAH...
itu tandanya ALLAH SAYANG SAYA
(^____^)


Kawan-kawan taw apakah hikmah sakit??

xtaw kan???
ok...
kat sini saya tergerak hati mahu berkongsi maklumat..
selamat membaca yer




HIKMAH PERTAMA

Sakit adalah ruang utk manusia berehat...Ketika sakit, terkadang kita tdk mampu melakukan apa2, melainkan hanya terlantar sahaja...Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita bekerja selama ni cuba utk mendptkan rehat yang secukupnya...
ianya umpama enjin kereta yg terlalu lama hidup..
Cnfirm panas kan???
mcam tu jugak la tubuh kita..
perlu dihentikan seketika utk sejuk
nak taw kenapa???
Sebb badan dan emosi kita juga ada hak sendiri..
apa dia haknya???
mendapatkan rehat yg secukupnya....
so... make sure ye kawan2...
rehat secukupnya...

HIKMAH KEDUA


sakit adalah pendidikan..
kenapa pendidikan?????
xtaw??? btol xtaw???
haaaa... ni jawapannya...
ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan...biar apa pun... dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan kembali pulih seperti sediakala....


HIKMAH KETIGA

sakit adalah teguran dari ALLAH s.w.t
barangkali kita alpa dgn sesuatu dan asyik dgn sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dgn DIA....

ketika sihat, kita seolah2 tdk beringat dgn kesakitan.. 
biasa dgr kan
"Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara"
so.. kawan2... pesanan utk semua & diri sndiri..
jangan mudah lupa..


HIKMAH KEEMPAT

sakit beri kita ruang utk bertaubat & menghapus dosa...
Dgn sakit, kita sering diberi kesempatan utk berfikir kembali dan muhasabah diri dgn perbuatan sendiri...
kenapa time sakit bru nak sedar????
sbbnya... mana ada org muhasabah diri time sihat...
kan???
payah nak jmpa...
(^__^)


HIKMAT KELIMA


lastly,....sakit memberi kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial... sbb biasanya kalau sakit, ramai ahli keluarga, kawan2, jiran n sesiapa shaja dtg melawat..
btul kan??
(^__^)



ok kawan2.... saya bukannya menulis utk seorang diri sahaja... penulisan sya utk dikongsi bersama...
anggaplah anda harus belajar sesuatu disini..
bukan sekadar cerita sedih...malah pelbagai sudut kehidupan akan saya singkap...
kerana saya juga suka belajar drpd pengalaman dan kisah2 teladan yang ada...

hidup kita didunia ni spt program.... selesai program...kita buat Post Mortem.... INSYAALLAH faedahnya besar kerana ALLAH x akan turunkan sesuatu yang sia-sia...

I dare to learn my dear (healthy) , No Problem !! (^__^)

saya berasa lega apabila mengeluar apa yg tersulam di minda... sesungguhnya kekusutan terkadang terlerai begitu sahaja dengan penulisan spontan...
kalaupun spt bercerita pada org yg tdk faham.....
tidak mengapa kawan2....

SAYA IKHLAS BERCERITA...

(^__^)

sekian!



SAYA SANGAT2 SUKA BUNGA TULIP!!!











Tuesday, September 18, 2012

Sebak.. Sedihh.. Speechless!!



Sebak melihat anak didik seolah2 tdk mengerti apa yg telah diajarkan
sedangkan acap kali perkara itu sering disebut
bukan sekali....
malahan...
berkali2....
berbuih mulut menerang...

tetapi... 
kesudahannya...
semua xleh bagi jawapan..

menitis air mata ini utk pertama kalinya..dihadapan mereka
sedih melihat mereka
sedih mengenangkan masa depan mereka

saya mahu membantu
saya mahu berkongsi ilmu
tetapi mereka....
masuk telinga kanan....keluar telinga kiri...

HANYA MAMPU BERDOA....



Monday, September 17, 2012

:: KEINDAHAN GUNUNG CHEMERONG :: PART III


Entry kali ni hanya ingin memaparkan keindahan bumi TUHAN...
SPECHLESS!!!



























:: Gunung Chemerong :: PART II

 Okeyh kawan2...
masa utk update lagi...
sya nak buat smbungan entry utk yg be4 ni yer.... 
boleh kan??
apa???
xboleh???
hurmm.... boleh ke x suka hati sya la kan!
ini belog saya oke!
bukan belog awak!
ok stop!

sya truskan ngan pic2 yg sempat di snap!!

EVEN PENAT... COOL BEB!!! (^_^)

Sepanjang otw nak nek gunung tuh, penatnye hanya TUHAN yg tahu...
tpi seyesly!!!
pemandangannya SUBHANALLAH
sgttttt cntik!!!!!!


ditambah lagi dgn cuaca yg sejuk...
xrsa panas pown....



AIR TU SGT SEJUK! HEHEHEHE


BILA DH KAT ATAS GUNUNG..MEGI PON RASA MCM KFC!

ok...
bab makanan plak...
xda yg istimewa..
org kata, law kat hutan makan je apa yg ada..
law x lapar...
so, jangan nak demand lebeyh2...
nk demand ko pi turun sorg2...
cnfirm sesat!! heeeeeee



MEGI adalah menu utama... even msak dengan air sungai.,
tpi bila dpt makan...
perghhh!!!!!!!!!!
sodapppppppppppppp
kalah KFC or MCD taw.!!
tu bila kat atas gunung jekla kan

bila kembali spt biasa....
megi ku pandang hanya sbelah mata.... 

heeeeeeeeeee

nak tgk x jernihnye air sungai nye macam mana???

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!


JERNIH !! SEDANG MEMBERI IKAN MAKAN ROTI KERING


ok....
update akan bersmbung utk part III
daaaaaaaaaaa

Thursday, September 13, 2012

:: Ekpedisi Gunung Chemerong , Terengganu :: PART 1

hai kawan2.. 
hari ni jumaat.. 14/9/2012
sementara nak tggu time balek kg
Tuhan kurniakan kerajinan pda saya utk meng"update" blog
hiiiii....

entry kali ni sya nak cite psal ekspedisi mendaki gunung Chemerong
saya ditugaskan menjadi penyaras kelab..
sekaligus TERPAKSA menjadi pengiring program...

agak xcited nak join sbb 1st time dlm hidup nak panjat gunung..
be4 dis setakat panjat bukit adalah... hahaha
bukit blakang umah selalu dipanjat...
so.. kat sini beza yer bukit n gunung..


ok.... 
kita mulakan yer dengan HARI PERTAMA
ada 4 org pengiring....

k.aini... me... fawwaz n ayie

berbanyak terima kasih kepada kawan2 kerana PAKSA RELA mengikut saya 
kerana xda org laen dh yg nak follow as pengiring..
heeeeee


jom layan pic apa yg ada ... hiiii
yg ni... org laen penat drive..dia yg bongkang lebih2.. hahahaha...sori ayie!


Ustaz fawwaz merangkap 2nd driver


1st driver sape ea??
sape?? teka cepat!
taraaaaaaa
ni la dia

comel kan? heeeeee


penat ooo drive dri melaka ke ganu... gerak dlm kul 9.... smpai ganu   subuh...
sampai2 rehat... solat..bersiap2 trus nek gunung.. bapak penat...
fuhhhhh
ckuplah sekali ni jek..
tobat xnak dh!!!
hahahaha

Perjalanan dimulakan..ceria sekejap jek


Antara laluan yg kena termpuh..

Nampak kan sungai yg kat pic atas???
time kami lalu utk permulaan pendakian still cetek...tpi deras arusnya..
bila nak turun balek...
air sungai tu setinggi pinggang manusia..
sbb  dh berlaku fenomena KEPALA AIR
di mana airnya sgt tinggi n deras..
so, kami lalu laluan lain yg sgt2 tinggi curamnye..
kalau jatuh bawah...
cnfirm!!! K.O!!

Penat sudah!!

Tapak perkhemahan pertama

ok... utk tapak perkhemahan pertama..
sbenarnya bukan kt sini..
ttp disebbkan ada peserta yg turun lari balik senyap2...
kami terpaksa tunggu ketua cari dia..
menyusahkan org!!!
ckp besar lagi...kan dh xsanggup!!
buduh!!
sebb apa sya marah sgt???
sbb dia mnyusahkan org...
& sbb dia, perjalanan tergendala...

ok... sementara tggu..kami makan...solat.. bukak khemah...
tido!!
sampai sini dlu k...sbb internet mcm siputtt
nak upload pic pon stengah jam tggu
gi pon nak gerak blik pahang dh
daaaaaaa

Sunday, September 9, 2012

:: Jodoh itu rahsia ALLAH ::


“Saya pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik saya semua sudah berkahwin. Peer pressure!”. Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.



“Ya, jangan risau. Saat penantian kita adalah pencarian diri. Orang boleh cakap kita akan kahwin awal, doktor sukar nak cari jodoh dan sebagainya. Takulan manusia tidak tepat. Hanya Allah tahu bila kita bersedia. Lambat atau awal itu rezeki. Jodoh.” Pendapat diluahkan selepas pengamatan pada isu yang sama.



“Yes, wait for the right time, the right person.” 


Benar, jodoh itu rahsia Allah. Sungguh penuh debaran menantinya. Benar bukan? Bagi yang sudah bertemu jodoh, perjalanan hidup baru dimulakan. Bagi yang belum bertemu jodoh, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mencari diri. Dalam penantian, bina kefahaman tentang konsep jodoh, konsep perkahwinan, konsep manusia itu dijadikan berpasang-pasangan.


Andai ditakdirkan dengan seseorang yang tidak disangka-sangka. Ambillah masa, fikirlah dahulu dan pertimbangkan. Biarpun lama masa diambil untuk membuat keputusan, biarlah penuh keyakinan dan tawakal pada Allah akhirnya. Yakinlah Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Masa bertemu jodoh mahupun jodoh itu sendiri.


“Janganlah risau jodoh kamu tidak sampai lagi. Bila emak bersedia nanti, emak doakan banyak-banyak ye. Emak tak sampai hati nak berpisah dengan kamu. Emak belum bersedia lagi. “  bicara hati seorang ibu.


Anak-anak, ibu sayu melepaskan kamu.


Wanita ditakdirkan penuh emosi. Andai ayah amat mudah memberikan `greenlight` buat anak-anaknya mendirikan rumahtangga. Namun hal ini sedikit berbeza dipamerkan oleh kaum ibu. Ibu yang memang zahirnya penuh emosi punya ikatan hati yang amat kuat dengan anak-anaknya. Membawa kita selama sembilan bulan didalam kandungan sudah cukup jelas menggambarkan bagaimana emosi yang kuat boleh terbentuk. Emosi inilah menjadikan mereka cukup bersabar dan gagah walaupun fizikilnya lemah berbanding lelaki.
Bayangkan, rata-rata dikalangan kita pada hari ini bersekolah asrama sejak tingkatan satu. Kemudian melangkah ke matrikulasi atau kolej dan terus ke universiti. Dihitung-hitung, berapa sangatlah masa yang sempat kita luangkan bersama mereka. Belum ditolak masa-masa bersama yang tidak berkualiti.


Andai anak-anak meminta untuk berkahwin awal tidak dipersetujui oleh ibu terutamanya, pause dahulu. Jangan mudah melatah menyalahkan ibu. Fahamilah, ibu itu tidak pernah ada udang di sebalik batu. Tidak pernah cemburu pada anaknya sendiri. Namun halangan bersifat sementara ini hanyalah kerana masih mahu bersama anak-anaknya buat seketika.
Tangguhlah dahulu kerana emak belum puas mendidik dan memberikan kasih sayang pada kamu.


Hal ini lebih terkesan buat anak perempuan. Apabila sudah bernikah kelak, segala ketaatan adalah pada suaminya. Walaupun masih merupakan seorang anak buat kedua ibu bapanya, namun sudah menjadi lumrah bahawa anak yang menjadi isteri orang tidak lagi sama seperti dahulu. Berbeza.


Andai ibu bapa meminta ditangguhkan seketika. Muhasabah kembali. Samaada kita masih belum bersedia. Kita perlu lebih banyak luangkan masa dan raikan ibu bapa. Atau apa sahaja alasannya, bersabarlah dan laluilah dengan ikhlas. Pujuklah hati mereka dengan penuh lemah lembut serta kesabaran. Pasti akhirnya Allah permudahkan



Ayat-Ayat Cinta


Walaupun kaedah lakonan filem ini tidak saya persetujui, namun saya tidak nafikan, dialog-dialognya memberikan kesan. Hasil adaptasi dari buku yang cukup bagus saya kira. Hayati bait-bait dialog di dalam filem ini. Moga bertemu konsep jodoh, menambah kefahaman tentang CINTA.

Jodoh itu rahsia Allah.


Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.


CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan


 Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan. Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki 

Monday, September 3, 2012

tergelak

tersenyum

geli hati

terkenang

bila selak-selak balik penulisan yang lama-lama

kadang-kadang rasa macam ambitious sangat

kadang-kadang rasa macam banyak sangat masa lapang

satu perasaan yang pasti, SYAHDU