Wednesday, October 10, 2012

:: Nilai Kasih Sayang ::

Kita selalu menyangka bahawa kasih syg sesama manusia hanya lahir apabila mereka saling mengenali saling mempunyai tautan hati
TAPI
kita lupa sebagai makhluk ALLAH yg bergelar manusia kita sebenarnya berkasih syg apabila mempunyai belas kasihan & saling melindungi antara satu sama lain..
lihat
hebatnya kuasa ALLAH!!
SUBHANALLAH

Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Apatah lagi sekiranya berkongsi akidah yang sama. Tanpa kasih sayang, kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain. Sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing dengan penuh hemah dan adab.


Dalam dunia hari ini, yang penuh tohmah dan buruk sangka, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Kasih sayang bukan lagi sebahagian cara hidup yang memungkinkan keaiban dilindungi dan kesalahan diperbetulkan tanpa rasa benci.


Kewujudan segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia menyebabkan umat Islam sering bermusuh-musuhan. Sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama pada mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim yang berasaskan takwa, malah merenggangkan persaudaraan.


Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah yang diwarisi kerana tamak dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka. 


Oleh itu
Sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat kita hendaklah menjaga adab pertuturan berbicara mengenai perkara yang benar atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Al-Bukhari yang mafhumnya:


 “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam.”


Kerana buruk sangka menyebabkan terputusnya silaturahim, sebab itulah juga perpaduan umat Islam akan goyah, malah menjadi laba kepada pihak yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Tuhan Yang Satu. Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan di pandang sebelah mata. Perkataan dusta yang dibawa oleh orang yang fasik pula diangkat menjadi rujukan utama.


Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad SAW, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat di dalam hati saja, tanpa meluahkannya atau memberitahu kepada orang lain mengenai apa yang dirasa, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya turut mempunyai perasaan yang serupa.


Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat yang bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga. Kasih sayang bukan sekadar menyatukan hati dan jiwa tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama manusia.


Berkongsi ilmu yang ada, manfaat kepada semua
insyaALLAH
moga diamalkan juga




SEKIAN


 












No comments:

Post a Comment