Wednesday, January 13, 2010

PESANAN IBU…

Masih terngiang-ngiang di pendengaranku

Suara seorang ibu

Tatkala mengasah pisau toreh di petang remang

Dibangku panjang itu

Sebagai persiapan menoreh esok hari

Mencari sesuap rezeki

Membantu suami menyara anak-anak

Kakak…..

Belajarlah rajin-rajin

Ubah kehidupan kita

Kata-kata itu akanku jadikan azimat

Meneruskan hidup walaupun hampir rebah

Kata-kata itu adalah peniup semangat

Andai aku lesu dan tidak bermaya

Ibu…..

Walau apa pun yang terjadi

Ibu tetap di ingatan

Pesananmu azimat buatku

Akan ku jadikan bekalan penerus hidup

Moga aku Berjaya suatu hari nanti….



Tuesday, January 12, 2010

SAHABAT

SajAk ini TeLAh DIberiKAn Oleh SeoRAnG kawAN LElaki KEpadaKu....SEkadar Mengingati KeNangan SiLAm

Pernah Hati Ini Terguris

Dengan Fitnah Dan Untuk Mahu Menghiris
Sehingga Terasa Diri Ini Hina
Kerana Tiada Siapa Yang Sudi Menghela
KuTabahkan Hati Ku Harungi Hidup
Biarpun Tiada Siapa Yang Menemani
Keseorangan Aku Dilaluan Sepi
Ditinggalkan Mereka Yang KuPercayai


Namun Ku Tahu Ada Hikmahnya
Setiap Segala Yang Menimpa Diri
KuSerahkan Segala Padamu Tuhan
Yang Berkuasa Jua Mencipta
Kerana Engkau MAha Mengetahui
Segala Apa Yang Terbuku Di Hati
Ya Allah Tidak Ku Terdaya Lagi
Menahan Dugaan Yang Mencabar Ini
Terasa Bagai Nokhtah Telah Ku Temui
Mengadili Segala Yang Telah Ku Mulai
Ya Allah Engkau Lindungilah Aku
Bekalkan Lah Daku Dengan Limpahan IMAN
Agar Tabahku Menghadapi Dugaan
Agar Tidakku Berhenti Di Pertengahan

Kini Disini Aku Berdiri
Bersama Harapan Yang Tulus Suci
Agar Terbitlah Kembali Mentari Pagi
Setelah Malam Ku Barkalut Benci