Wednesday, January 13, 2010

PESANAN IBU…

Masih terngiang-ngiang di pendengaranku

Suara seorang ibu

Tatkala mengasah pisau toreh di petang remang

Dibangku panjang itu

Sebagai persiapan menoreh esok hari

Mencari sesuap rezeki

Membantu suami menyara anak-anak

Kakak…..

Belajarlah rajin-rajin

Ubah kehidupan kita

Kata-kata itu akanku jadikan azimat

Meneruskan hidup walaupun hampir rebah

Kata-kata itu adalah peniup semangat

Andai aku lesu dan tidak bermaya

Ibu…..

Walau apa pun yang terjadi

Ibu tetap di ingatan

Pesananmu azimat buatku

Akan ku jadikan bekalan penerus hidup

Moga aku Berjaya suatu hari nanti….



No comments:

Post a Comment